Bekas ulama Pas cerita hantu di R&R dalam masjid

Harapandaily
Tular petikan kuliah oleh bekas Naib Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Dr Nik Bakri Nik Mat berkenaan cerita hantu di Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Terengganu.

Menerusi kuliah di sebuah masjid itu, Nik Bakri mendakwa dia juga pernah disakat entiti misteri yang berbau wangi seperti haruman bunga.

“Tengok R&R yang orang tak masuk tu. Pernah berhenti di R&R Perasing tu? Orang tak berani nak masuk.

“Saya pernah juga kena sekali. Baru saja nak masuk tiba-tiba bau wangi, bau bunga, wangi.

“Masa tu pukul 2 pagi,” katanya sambil berseloroh entiti berkenaan mungkin bangun untuk solat tahajud.

Dalam masa sama, pemimpin Pas itu menafikan bahawa dia takut dengan hantu sebaliknya hanya tidak mahu ‘cari pasal’.

“Tak nak cari pasal, bukan takut. Pusing dalam tu tak keluar-keluar, tak sampai kita.

“Siang okey, kalau pergi ramai-ramai. Kalau pergi seorang, duduk dalam tandas, macam-macam bunyi di tandas sebelah,” kata Nik Bakri lagi.

Rata-rata menyelar penceramah yang juga ahli Pas itu apabila bercerita perkara tidak berfaedah di dalam masjid.

Antaranya, Mohd Said yang pernah singgah di R&R Perasing balik kerja luar dari Kelantan kerana kepenatan dengan bermotosikal.

“Saya berbaring di wakaf yang ada di situ dalam pukul 2 pagi. Tak ada apa-apa pun yang mengganggu. Elok saja saya terlena,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan