Perlis: Lelaki ditemukan mati dalam keadaan terduduk dalam bilik

Aizat Sharif
am@hmetro.com.my

Kangar: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terduduk di lantai di bilik rumahnya di Kampung Alor Pulai, Jalan Kangar-Alor Setar, Seriab di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada jiran lelaki berkenaan pada 9.40 malam.

Katanya, anggota polis yang bergegas ke rumah berkenaan menemukan mayat lelaki berusia 45 itu dalam keadaan terduduk di atas lantai belakang pintu bilik rumah terbabit.

"Pemeriksaan polis di tempat kejadian dan ke atas mayat bagaimanapun mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibunya dan seorang kakaknya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

"Menurut jiran, kali terakhir mereka melihat si mati adalah pada malam Khamis lalu," katanya.

Mayat dihantar ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar untuk proses bedah siasat

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan