Polis siasat 5 wanita bergaduh akibat selisih faham

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular menunjukkan wanita bergaduh di taman perumahan.
TANGKAP layar video tular menunjukkan wanita bergaduh di taman perumahan.
Tangkak: Penyodok sampah, penyapu dan gayung antara senjata dilihat dalam pergaduhan membabitkan lima wanita di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 7.39 pagi dan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, polis mengambil maklum mengenai video itu.

Menurut Roslan, kejadian berlaku di taman perumahan di Bukit Gambir.

"Hasil siasatan mendapati, insiden itu membabitkan lima wanita dengan kejadian berpunca daripada perselisihan antara jiran tetangga di taman perumahan terbabit.

"Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan individu terbabit sudah pun dikenal pasti," katanya ketika dihubungi.

Roslan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Polis komited memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga. Mereka mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222 atau balai polis berhampiran," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan