Tahniah! ‘Juara lompat’ dah jadi pemimpin Pas, tarbiah hanya halwa telinga sahaja

Harapandaily

Penolong Setiausaha dalam Parti Amanah Negara (AMANAH), Ustaz Ridzwan Abu Bakar menyifatkan Pas menunggang segalanya susulan pemilihan tokoh “juara lompat parti”, Jailani Khamis untuk Setiausaha Pas Melaka.

Jailani sebelum ini dikenali dengan rekod lompatnya yang cukup ‘meriah’, bermula dari UMNO, kemudian ke Bersatu, lompat lagi ke PKR sehingga sempat menjadi Exco selepas PRU14.

Dia seterusnya menjadi wakil rakyat Bebas, masuk semula UMNO dan menang pada 2021 sebelum akhirnya mendarat dengan selesa dalam pelukan Pas.

Ustaz Ridzwan berkata, Pas terbukti sama sahaja dengan parti-parti lain apabila pemilihan pemimpin tidak berdasarkan proses tarbiyah yang dibanggakan sebelum ini.

“Kalau nak jadi Setiausaha (أمين السر – penjaga rahsia) Pas Melaka pun perlu tunggu calon lompat pagar, habislah cerita tarbiah Pas yang kononnya gah itu.

“Akhirnya, terbukti sama sahaja dengan parti lain,” tegasnya.

Beliau menambah, sistem tarbiah Pas yang sering dijaja hanya sekadar “halwa telinga” dan bual kosong tanpa sebarang kesan mendalam daripada penceramah tetap seperti Ustaz Idris dan Dr Riduan Mat Nor.

“Walaun Pas dok nganga saja. Di peringkat pusat pun, Tantawi – anak didik tarbiah Pas – boleh kecundang kepada Shahidan Kassim (bekas MKT UMNO) dan Haim Hilman.

“Jadi di Melaka, nak jadi Setiausaha pun terpaksa import ‘pelompat’,” sindirnya lagi.

Ridzwan turut menyifatkan Pas kini menjadi parti yang “menunggang segalanya” sambil menjadikan pengikut sebagai “pajak otak” yang tidak mungkin ditebus semula.

Dengan Jailani itu, Pas tampak semakin menyerupai apa yang sering mereka kutuk iaitu menerima bekas musuh politik sebagai pemimpin, walau dengan rekod lompat yang kerap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan