Terengganu: Ahli perniagaan ditahan semula, bantu siasatan kes tipu urus niaga tanah

Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dibebaskan beberapa jam selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Besut siang tadi, ditahan semula bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah.

Suspek yang berusia 38 tahun ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Kes penipuan urus niaga tanah itu didakwa membabitkan seorang pesara guru dengan nilai kerugian RM35,000 pada tahun 2023.

Menurut sumber, polis akan membawa suspek ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok, bagi mendapatkan perintah reman empat hari mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Besut, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan