Tikam pelajar: Polis rampas pisau, kerambit dipercayai dibeli dalam talian

Elill Easwaran
SHAH ALAM: Polis merampas pisau dan kerambit daripada suspek kes tikam pelajar SMK Bandar Utama Damansara (4), dipercayai dibeli dalam talian, menurut siasatan awal.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, memberitahu pemberita bahawa polis sedang mengenal pasti platform yang digunakan untuk membeli senjata tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Bandar Utama Damansara (4) dilaporkan maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki, 14.

Terdahulu, Mahkamah Majistret membenarkan pelajar terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Pada sidang media tadi, Shazeli memaklumkan polis setakat ini telah merekodkan keterangan daripada 57 saksi, termasuk pelajar, ahli keluarga, dan guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan