Wan Saiful: 'Saya terima surat pemecatan malam tadi, surat tidak disertakan alasan terperinci punca dipecat'

Fahmy A Rosli
fahmy.azril@bh.com.my
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan sidang media susulan Lembaga Disiplin BERSATU memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama satu penggal Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti ketika sidang media di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan sidang media susulan Lembaga Disiplin BERSATU memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama satu penggal Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti ketika sidang media di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD
Kuala Lumpur: Enam pemimpin BERSATU termasuk dua Ahli Parlimen yang masing-masing dipecat dan digantung keahlian parti akan mempertimbang tindakan selanjutnya termasuk mengemukakan rayuan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dipecat keahlian BERSATU mengakui terkejut dengan 'tindakan pantas' diambil terhadapnya termasuk lima individu lain.

Dalam surat pemecatan yang diterimanya pada 10.45 malam tadi, beliau berkata, surat berkenaan tidak disertakan alasan terperinci punca pemecatannya, cuma terkandung tindakannya dikatakan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

Beliau percaya surat diterima lima individu lain termasuk Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung keahlian satu penggal juga tidak disertakan alasan spesifik mengapa mereka dikenakan tindakan sedemikian.

"Ini sebagai reaksi awal, saya boleh sahkan bahawa kami menerima surat makluman keputusan Lembaga Displin. Kami terima surat berkenaan. Saya juga check (periksa) dengan rakan-rakan ketua bahagian lain malam tadi.

"Ini satu perkhidmatan yang cekap, yang saya puji kepantasan dan kecekapan (Lembaga Displin BERSATU). Sampai tengah malam boleh overtime (kerja lebih masa) surat-surat tersebut dihantar melalui (aplikasi) WhatsApp kepada kami.

"Kita akan mempertimbangkan tindakan selanjutnya termasuklah sama ada untuk membuat rayuan atau tidak, kita (akan) maklum juga," katanya keetika sidang media di Dewan Rakyat hari ini yang turut dihadiri Wan Ahmad Fayhsal.

Selain Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal, empat lagi pemimpin akar umbi BERSATU yang turut berdepan tindakan pemecatan adalah Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) serta Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Displin BERSATU memutuskan mereka itu didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan