22 pemimpin tertinggi GISBH mengaku salah

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
22 pemimpin tertinggi GISBH mengaku salah.
22 pemimpin tertinggi GISBH mengaku salah.
Kajang: Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan menganggotai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa secara serentak di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan kesemua tertuduh berkaitan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.

Pada 23 Oktober 2024, Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof; 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa'ari, 33 dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.

Terdapat lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.

Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan