Bernama-KYODO
Kyodo: Pihak polis Jepun menahan seorang lelaki pada Selasa kerana disyaki membunuh ibunya yang berusia 100 tahun di kediaman mereka di barat Tokyo, Jepun. Suspek menghubungi pihak berkuasa sejurus kejadian dan mendakwa dia keletihan menjaga ibunya itu, lapor Kyodo News.
Kejadian berlaku sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan. Suspek, Masato Watabe, 79, didakwa menekup mulut ibunya, Masako, selain melakukan tindakan ganas lain terhadap mangsa di kediaman mereka.
Suspek membuat panggilan kecemasan kira-kira jam 2.10 petang waktu tempatan. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Penurunan kadar kelahiran serta peningkatan populasi warga emas yang pesat di Jepun mewujudkan masalah sosial yang kritikal. Situasi ini menyebabkan golongan berusia dengan kemampuan fizikal terhad semakin terbeban untuk menjaga ahli keluarga yang jauh lebih tua.
Pihak polis memaklumkan bahawa Masato mengakui pertuduhan yang dikenakan.
Memandangkan kedua-dua beranak itu tinggal bersama di Machida, Tokyo, pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca sebenar serta situasi yang mendorong kepada kejadian tragis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan