Buletin TV3

Ketua Peguam Tentera Israel, Tomer-Yerushalmi dedah rakaman sebagai protes terhadap tekanan politik yang cuba menutup siasatan insiden rogol tahanan Palestin.FOTO : AGENSI
BAITULMAQDIS: Ketua Peguam Tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, mengumumkan peletakan jawatan selepas mendedahkan bukti kes rogol oleh tentera Israel terhadap tahanan Palestin.
Pendedahan tersebut dibuat dalam satu laporan rasmi yang menyatakan terdapat bukti kukuh berhubung insiden rogol semasa operasi ketenteraan di Gaza.
Laporan itu turut menyatakan bahawa siasatan dalaman telah dijalankan, namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap anggota terlibat.
Peletakan jawatannya mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk kecaman daripada pemimpin kanan Israel yang menyifatkan tindakan itu sebagai mencemarkan imej negara.
Tomer-Yerushalmi menegaskan bahawa dia tidak dapat terus berkhidmat dalam sistem yang enggan bertindak terhadap jenayah berat seperti rogol.
Pendedahan ini turut mencetuskan tekanan antarabangsa agar Israel menjalankan siasatan bebas dan telus terhadap dakwaan tersebut.
Kes ini dijangka memberi impak besar terhadap reputasi tentera Israel serta hubungan diplomatik negara itu dengan komuniti antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan