Kes rogol anak jiran suspek disambung reman 5 hari lagi

Nor Azizah Mokhtar

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan kerana disyaki merogol anak jirannya berusia 13 tahun di Bandar Tasik Puteri, Rawang, minggu lalu, disambung reman lima hari lagi bagi melengkapkan siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek disambung reman bermula kelmarin hingga Khamis ini.

“Suspek dijangka dituduh dalam minggu ini, dan kita akan memaklumkan semula tarikh pertuduhan nanti,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia 54 tahun ditahan susulan aduan dibuat ibu mangsa yang berusia 35 tahun sekitar jam 8.15 malam 2 November lalu.

Wanita itu mendakwa anak perempuannya berusia 13 tahun dirogol oleh seorang lelaki yang dikenali dan merupakan penduduk di kejiranan mereka.

Suspek ditahan pada hari laporan dibuat dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan