Lelaki ditahan sentuh 3 pelajar perempuan tidur dalam asrama sekolah

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Seorang lelaki ditahan susulan laporan polis dibuat tiga pelajar perempuan mendakwa mereka menjadi mangsa gangguan seksual di asrama sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, polis menerima tiga laporan dari semua mangsa berusia 16 tahun pada jam 4.16 petang semalam.

Beliau berkata, kejadian berlaku di asrama sekolah berkenaan dan kesemua mangsa adalah pelajar Tingkatan Empat dan dari kelas yang sama.

"Hasil siasatan mendapati suspek berusia 48 tahun menyentuh ketiga-tiga mangsa ketika sedang tidur di katil asrama.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor kemudian menahan suspek pada hari sama dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibrahim berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

"Dengan tertangkapnya suspek ini polis berjaya menyelesaikan kes sekali gus meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada polis," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan