Pekerja kedai makan cedera terjatuh dalam mendapan tanah

NURUL IZZATI ZAINI
Mendapan tanah di sebuah kedai makan di Apartmen Sri Meranti Ara Damansara, Petaling Jaya, petang tadi. Foto BOMBA SELANGOR
PETALING JAYA – Seorang pekerja sebuah kedai makan berdepan detik cemas setelah terjatuh ke dalam lubang sedalam tiga meter di Apartmen Sri Meranti Ara Damansara, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.16 petang.

Beliau berkata, seramai lima anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi iaitu kedai makan tersebut, terdapat mendapan tanah dan seorang mangsa lelaki warga tempatan berusia 50-an terjatuh ke dalam lubang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Ahmad Mukhlis, mangsa dikeluarkan pada pukul 6.54 petang dan mengalami kecederaan di pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan