Tiga pekerja kapal maut, kontena terbakar di Tanjung Pelepas

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia terbakar di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, hari ini. NSTP/IHSAN BOMBA
Tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia terbakar di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, hari ini. NSTP/IHSAN BOMBA
Iskandar Puteri: Tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia terbakar di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.23 tengah hari tadi.

Katanya, mangsa yang maut adalah warga tempatan berumur 59 tahun, warga Filipina dan Britain masing-masing berumur 40-an.

"Pasukan BBP Iskandar Puteri tiba di lokasi pada jam 12.40 tengah hari. Siasatan mendapati kebakaran berlaku ketika kerja-kerja pemunggahan kontena dijalankan di bahagian bawah geladak (under hatch) Blok 5.

"Kejadian membabitkan enam mangsa. Tiga maut manakala tiga lagi cedera ialah lelaki tempatan berusia 26 tahun dan dua lelaki Filipina berumur 40-an.

"Mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital swasta oleh ambulans PTP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sembilan anggota dibantu sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, pemadaman awal dilakukan oleh bomba PTP.

"Pihak bomba membuka Pos Kawalan Hadapan (PKH) dan operasi masih dijalankan dengan kerjasama pihak PTP sehingga kini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan