Sofia Rini Buyong nafi proksi Shamsul Iskandar, sifatkan tuduhan Albert Tei ‘tohmahan’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita yang didakwa oleh ahli perniagaan, Albert Tei, sebagai proksi kepada bekas setiausaha politik, Shamsul Iskandar Mohd Akin, menafikan dakwaan tersebut, menyifatkannya sebagai ‘palsu dan tohmahan’.

Sofia Rini Buyong, dalam satu video, menolak tuduhan Tei.

“Saya ingin membuat kenyataan terhadap kenyataan yang dibuat oleh penama, Albert Tei, yang telah buat rakaman video kononnya ada arahan daripada saya atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk beliau membuat rakaman mengenai beberapa ahli politik Sabah.

“Saya menegaskan di sini bahawa saya bukan proksi kepada Shamsul,” menurut video itu.

Dalam video yang dikeluarkan oleh Tei sebelum ini, beliau dilihat bercakap dengan seorang wanita yang didakwa Sofia, yang kononnya berkata Anwar memberi lampu hijau untuk merakam secara rahsia beberapa ahli politik Sabah.

Video itu mencetuskan kontroversi dan gesaan untuk penjelasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan