Kelantan: 5 lelaki, 7 wanita direman bergaduh depan pasar di Kelantan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Lima lelaki dan tujuh wanita ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan serta rusuhan di Pasar Awam Melor di Kota Bharu, Kelantan, Khamis lepas.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata perintah tahanan reman terhadap suspek berusia awal 20-an hingga lewat 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid hari ini, lapor Bernama.

Katanya, tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam,” katanya.

Semalam, polis menahan semua suspek bagi membantu siasatan selepas pergaduhan tersebut tular di media sosial.

Dalam video tular tersebut, beberapa lelaki dan wanita dilihat bergaduh di hadapan di Pasar Awam Melor di Kota Bharu sebelum dileraikan orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan