Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

MUHAMMAD Amidee (gambar kecil) meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam tasik di UMK Jeli. FOTO Ihsan Polis dan UMK
Jeli: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) maut, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di dalam kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 6.20 petang, mangsa Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang sempat keluar menyelamatkan diri kini dirawat di unit kecemasan Hospital Jeli.
Allahyarham seorang pelajar yang pintar sehingga berjaya meneruskan pengajian ke peringkat PhD dalam usia masih muda.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kenderaan Perodua Axia melalui selekoh dan menuruni bukit.
"Kenderaan yang dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke dalam tasik.
"Rakan mangsa yang berada di bahagian penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, manakala mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan