SITI NUR ZAWANI
Laman Yahoo Finance UK menerbitkan kembali laporan dari sebuah portal kontroversi yang menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam senarai pemimpin dunia paling kaya sepanjang zaman.
Menurut laporan yang sedang dibincangkan meluas ketika ini, Mahathir yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak 2 kali telah disenaraikan sebagai 10 pemimpin terkaya.
Laporan itu dari laman Love Money dan dimuat naik oleh Yahoo Finance UK.
Menurut laporan terbabit, Mahathir yang memerintah dari 1981 hingga 2003, dan sekali lagi pada 2018 hingga 2020 berada di tangga ke-7 dan dilaporkan mempunyai kekayaan sekitar $40 bilion
Laporan itu turut mendakwa bahawa kekayaan Mahathir datang dari kepentingan lebih 50 bank di seluruh dunia.
Selain Mahathir, terdapat beberapa pemimpin dunia lain yang melengkapkan 10 senarai pemimpin paling kaya sepanjang zaman dan kebanyakan mereka mempunyai rekod kurang baik atau dianggap sebagai diktator oleh media barat.
Bagaimanapun senarai ini agak diragukan kerana Love Money pernah menyenaraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu ke-17 terkaya sehingga timbul perdebatan dalam kalangan ahli politik.
Seorang pemimpin Pas pernah menggunakan isu ini untuk menyerang Anwar sebelum akhirnya memohon maaf kerana dakwaan diterbitkan tidak benar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan