Kelantan: 2 lelaki ditemui lemas di Sungai Kelantan

Nor Fazlina Abdul Rahim

TUMPAT: Dua lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pasir Pekan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, kedua-dua mangsa berusia 31 dan 42 tahun ditemukan terapung di tepi tebing sungai, dengan jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan penemuan dua mayat lelaki di lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, polis ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-dua mayat terapung di tepi tebing sungai.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum pengesahan pegawai perubatan mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan