'Kamu sudah beberapa kali berbogel di tanah perkuburan ini'
Sin Yi Ann
am@hmetro.com.my

VIDEO tular memaparkan tanah perkuburan di mana lelaki dan wanita didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh.
Kuala Lumpur: Video yang memaparkan sepasang lelaki dan wanita didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan bogel di sebuah tanah perkuburan, tular di media sosial, hari ini.
Dalam video berdurasi 38 saat itu, seorang lelaki dilihat bogel sepenuhnya dengan membelakangi kamera, manakala seorang wanita kelihatan separuh berpakaian sambil duduk di atas batu nisan.
Seorang wanita yang merakam video terbabit kedengaran menegur pasangan berkenaan, mendakwa ini bukan kali pertama mereka dilihat di lokasi itu.
"Saya jumpa kamu berdua di sini lagi! Kamu sudah beberapa kali berbogel di tanah perkuburan ini.
"Kamu tidak menghormati si mati dengan melakukan perbuatan tidak senonoh di sini. Saya akan hubungi polis," katanya.
Rakaman itu kemudian menunjukkan lelaki berkenaan dengan tenang memakai seluarnya.
Wanita yang merakam dilihat terus memarahi mereka dengan menyatakan bahawa tanah perkuburan adalah tempat untuk orang ramai memberi penghormatan kepada si mati.
Lelaki itu kemudiannya dilihat memohon maaf, namun wanita terbabit enggan menerimanya dan memberi amaran bahawa dia akan menyerahkan video itu kepada pihak polis.
Tarikh dan lokasi kejadian itu masih belum dapat disahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan