Alias Abd Rani

Suspek berusia 50-an ditahan menerusi Op Cantas pada jam 4 petang di Taman Sunrise Park.- Foto tular/PDRM
KLUANG: Lelaki memiliki rekod jenayah lampau ditahan, semalam kerana disyaki berjalan sambil berbogel di hadapan klinik kesihatan Jalan Mengkibol, di sini, Selasa lalu sehingga videonya tular.
Suspek berusia 50-an ditahan menerusi Op Cantas pada jam 4 petang di Taman Sunrise Park di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata tangkapan terhadap lelaki terbabit dibuat selepas disyaki berbogel di tempat awam.
“Tangkapan dibuat susulan video tular di media sosial. Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 7 malam Selasa lalu.
“Siasatan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing bebas bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan.
Siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan