FMT Reporters
PETALING JAYA: Guru sekolah menengah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau selepas disabitkan memandu melulu sehingga menyebabkan seorang pelajar, pada 2024.
Tertuduh, Rudy Tahang, 46, turut diperintah dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Menurut Harian Metro, hukuman itu diputuskan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin kerana mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan, Rudy sebagai pemandu sebuah kenderaan Perodua Alza didakwa memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pelajar berusia 12 tahun ketika kejadian di Batu 10, Jalan Ranggu, dekat Tawau kira-kira 6.30 petang, pada 19 April 2024.
Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Ghani Zelika.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sepuluh bulan sekiranya gagal membayar denda serta sabitan itu dinyatakan pada lesen memandunya. Tertuduh menjelaskan denda berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan