Yang PH percaya dengan Umno pasai apa

Mujahid kesal, sifatkan BN tikam rakan
SITI NUR ZAWANI

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meluahkan rasa kesal terhadap sikap Barisan Nasional (BN) yang disifatkan beliau secara terang-terangan menikam rakan sendiri di Persekutuan.

Beliau mengkritik tindakan BN yang membahagikan kerusi bersama Perikatan Nasional (PN) untuk mengalahkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan yang dibentuk bersama sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Pakatan Harapan (PH) harus sedar bahawa cita-cita perpaduan yang diharapkan bersama BN telah dirampas oleh cita-cita ketuanan Melayu-Islam yang dibawa oleh PN

“Dan demi kuasa, BN sanggup meninggalkan cita-cita melihat Malaysia tanpa prejudis dan kebencian kaum-agama. 

“Ini adalah isyarat bahawa PH akan mengharungi laluan mendaki yang sukar jika terus beriltizam untuk istiqamah membawa Malaysia ke politik nilai yang lebih menjaminkan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan