PRN Melaka: DUN bubar esok

FMT Reporters

PETALING JAYA: DUN Melaka dibubarkan esok sekali gus membuka laluan kepada PRN ke-16 yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh, berkata Yang di-Pertua Negeri Melaka Ali Rustam memperkenankan pembubaran itu.

Pengumuman Rauf secara tidak langsung mengakhiri spekulasi berhubung desas-desus PRN seterusnya.

Penggal semasa DUN Melaka sepatutnya berakhir Disember ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan