Tanah runtuh dipercayai berpunca kebocoran air bawah tanah

Buletin TV3
Runtuhan yang berlaku berhampiran Blok D, Apartment Damai Perdana. – Foto Tular
CHERAS: Kebocoran air bawah tanah dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh berhampiran Blok D, Apartment Damai Perdana, Bandar Damai Perdana, di sini, malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, aliran air masih berlaku di kawasan kejadian, namun setakat ini tiada pergerakan tanah dikesan pasukan penyelamat.

Menurutnya, jarak tanah gelongsor ke kawasan tanah runtuh direkodkan 0.91 meter, manakala ketinggian tebing di lokasi kejadian adalah 4.57 meter.

Susulan kejadian itu, Komander Operasi mengarahkan penghuni berhampiran, khususnya di Blok A, mengosongkan kediaman sebagai langkah keselamatan.

Pemantauan terhadap keadaan tanah dan aliran air di kawasan terbabit sedang dijalankan.

JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.03 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn tiba di lokasi pada jam 9.11 malam.

Seramai lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) terbabit dalam operasi berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan setakat ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) turut dimaklumkan berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan