MB sokong siasat peristiwa tabal raja di Ketereh
Thursday, October 20 @ 14:25:43 MYT
KOTA BHARU, 20 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan melahirkan sokongan secara terbuka supaya peristiwa pertabalan raja di Ketereh pada April 1993 dirujuk kepada jawatankuasa Timbang Tara DUN Kelantan.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peristiwa menabal raja didepan orang ramai adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
“Itu adalah penghormatan tinggi diberi orang Melayu kepada rajanya. Jadi apa yang berlaku dengan menabal raja itu jelas mahu memperlekeh-lekehkan institusi beraja yang ada sekarang,” katanya di sini.
Pada 28 April 1993 sepupu Sultan Kelantan, Tengku Ibrahim Petra ditabal pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra. (gambar)
Pada majlis itu Tengku Ibrahim telah dihadiahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata daripada rakyat.
Laungan ‘Hidup Tengku Ibrahim’, ‘Daulat Tuanku’, Allahuakbar’ bergema setiap kali nama beliau disebut, program tersebut dilangsungkan di Ketereh. Hadir sama di majlis itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Annuar Musa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan