Hishammuddin, Khairy mesti buktikan mereka tidak tahu rancangan serang Karpal

Ketua dan Naib Ketua Pemuda Umno bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak tahu-menahu tentang rancangan ahli mereka bertindak ala-mafia dan menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.


menuntut perkara itu dibuktikan kepada rakyat kerana semua pihak tahu bahawa ahli-ahli Umno biasanya tidak akan berani melakukan apa-apa tindakan yang dilihat mewakili parti itu tanpa kebenaran ketua mereka.

"Isunya sekarang bukan sahaja Pemuda Umno bertindak ala-gangster mafia menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen, malah ia sekaligus merupakan serangan beramai-ramai ke atas seorang warga emas berumur 69 tahun yang kurang upaya.

"Sukar untuk dipercayai oleh rakyat bahawa tindakan menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen boleh dilakukan oleh Pemuda Umno jika tidak diizinkan oleh ketua mereka.

"Sebab itulah Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naibnya Khairy Jamaluddin bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar tidak tahu mengenai rancangan ahli-ahli mereka untuk bertindak ala-gangster mafia di dalam bangunan Parlimen,"

Saya ingin mengecam tindakan Pemuda Umno meneruskan budaya gangster dan mafia dalam politik negara ini.

"Kita tidak pernah melupakan dan tidak pernah memaafkan tindakan Pemuda Umno yang ketika itu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membakar emosi para penyokong parti itu sehingga bertindak ganas dan kejam dalam pilihan raya kecil Padang Terap yang mengakibatkan terbunuhnya Asy-Syahid Osman Talib.

"Rakyat negara ini tidak bacul untuk melihat begitu sahaja Pemuda Umno mengulangi apa yang dilakukan di Lubok Merbau itu diulang di tempat yang tertinggi dalam sistem demokrasi berparlimen negara ini iaitu di dalam bangunan Parlimen,"

Dalam tragedi ngeri ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap pada tahun 1985 itu, lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau.

Keganasan itu mengakibatkan Osman gugur syahid, tujuh petugas PAS cedera parah dan berpuluh yang lain cedera ringan. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi pada 19 Januari tahun tersebut.

Sebaik sahaja selepas kejadian itu, tempat tersebut dikawal ketat oleh pihak polis.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Pemuda Umno beramai-ramai menyerang orang kurang upaya berumur 69 tahun di bangunan Parlimen itu, saya ingin menyifatkan tindakan tersebut berpunca dari kekecewaan akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti itu.

"Mustahil Pemuda Umno tidak tahu mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kepada Karpal yang mengaitkan dua peluru yang diterimanya dengan mereka malah menyifatkan mereka sebagai celaka walaupun ditarik balik setelah diarahkan oleh (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar).

"Tetapi mereka sengaja bertindak ala ganster mafia mungkin kerana sudah tidak tahan lagi begitu tertekan dan kecewa akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti mereka.

"Tanyalah para pemimpin Umno lebih-lebih lagi di peringkat Pemuda di semua peringkat, berapa projek yang mereka ada sekarang? Mereka miskin projek sekarang dan merasa amat marah ketika kerajaan pusat kelihatan sudah tidak mampu lagi mewujudkan lebih banyak projek seperti projek kelas F yang khabarnya digunakan untuk menternak kroni-kroni,"

Dalam tunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno itu, ahli-ahli Umno yang marah kepada tindakan SPRM itu membawa sepanduk tertera mesej "Jangan ambil hak ahli Umno", "Kami menolak SPRM, boleh blah" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk". 

Saya berharap para pemimpin Umno bertindak segera membendung kemarahan ahli-ahli mereka. "Jika tidak, kita bimbang lebih banyak pihak akan diserang ala-gangster mafia oleh Pemuda Umno,"                                                                                                                                                                                                                              http://gemasuara.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan