PARA Peguam Nizar menyangkal tuduhan kononnya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Mohamad Ariff Md Yusof yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar berpihak.
Mohamad Ariff dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato' Kamaludin Mohd Said kerana beliau pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara menyifatkan Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.
"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.
Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan Penasihat Undang-undang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya. Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman Abdullah mewakili Nizar menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.
Beliau juga menegaskan tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.
"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya.
"Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.
"Bagi pihak Dato' Seri Nizar, kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.
"Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini," ujar Hanipa lagi. Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.
"Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata. Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan," tegas Hanipa.
Peguam Nizar, Nga Hock Cheh, tiba-tiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi: "Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti, memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi," katanya.
Peguam pemerhati bagi Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membantah dengan menyebut prosiding harus bertumpukan kepada isu undang-undang dan bukan sebarang agenda politik. Semalam, Ariff menarik diri dari mendengar kes Nizar atas desakan kuat Peguam Negara.
Persoalannya, bagaimana dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Umno menghakimi semua kes sepanjang berkhidmat dan akan kes-kes akan datang?. http://sanggahtoksago.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan