KUALA LUMPUR, 13 Feb : -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Beliau sempat dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju melayu berwarna kuning lengkap dengan sampin menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan.
Dianggarkan lebih 200 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.
Beliau hadir dengan diiringi oleh beberapa orang Exco Negeri Perak Pakatan Rakyat .Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar. http://idhamlim.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan