Ali Rustam sepatutnya boleh bertanding!

H Fansuri 
(Ketika menulis ini, saya terbaca laporan berhubung tindakan PAS Melaka membuat laporan polis ke atas Ali Rustam. Oleh sebab saya bawa jalur fikiran yang boleh diperhitung sebagai fikiran yang berlawanan arus dengan PAS di negeri itu, maka saya berharap agar perbezaan ini tidak melibatkan sengketa apa-apa yang luar biasa hendaknya. Insya Allah)

Ada suatu perkara yang kita tidak suka menyebutnya, tetapi kita rasa terpaksa menyebutnya. Ada hal yang kita tidak mahu melakukannya, tapi kita terdesak dan terpaksa melaksanakannya juga setelah kita memikirkan hal itu semasak-masaknya. Orang putih memanggil hal ini sebagai 'DILEMA'.

Dan inilah dilema saya yang terbaru. Saya tidak bersetuju Ali Rustam tidak bertanding. Saya tak setuju dia digugurkan dan saya lawan sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk tidak membenarkan Ali bertanding.

Orang-orang Umno Melaka adalah WAJIB melawan keputusan Lembaga Disiplin Umno ini walaupun mereka tidak lagi diupah oleh Ali Rustam untuk membela dirinya, Umno yang bukan dari Melaka adalah di'sunat-muakkad'kan untuk mempertahan pendirian Ali Rustam untuk bertanding jawatan tersebut.

Malah, bukan sahaja mereka perlu pertahankan, tapi harus, wajib dan sunat muakkad ke atas mereka untuk asak Ali Rustam untuk terus bertanding merebutkan jawatan tersebut walau dengan apa cara sekali pun. Kalau mahu diceritakan apakah dalil yang mewajibkan tindakan itu, nanti jadi macam cerita Hikayat 1001 Malam pula.

Hukum sunat muakkad adalah sejenis pahala sunat yang menghampiri wajib. Tak diketahui apakah pahalanya itu menyamai pahala bersunat anu. Tapi, kalau saya diberi kuasa mukjizat seperti Nabi Musa yang membelah Lautan Merah dan saya diberikan keizinan oleh Tuhan dengan 'wahyu', nescaya saya akan membelah anu dan menyunatkan semua penyokong jantan Umno Melaka sekali lagi agar mereka benar-benar lebih jantan.

Untuk apa disimpan anu jikalau tidak diapa-apakan? Jangan hanya menyinga di Mongolia dan Port Dickson saja. Simpan buat apa darah di urat merih jika tidak ditumpahkan di bumi Melaka yang amat terkenal dengan lagenda Hulubalang Hang Tuah?

Selain hulubalang itu, hanya hulumangkuk dan mangkuk hayun sahaja yang tidak berani mempertahan Ali Rustam dengan darah dan air mata. Sekarang Ali Rustam boleh mengukur siapakah yang paling setia kepada beliau ini. Jika ada yang berdiam atau hanya berani bersuara, tapi tidak bertindak bermandi darah, itu bukan penyokong beliau yang setia. Mereka mungkin hanya berlakon di depan Ali Rustam sahaja.

Malah, mereka yang bukan Umno harus bangkit menentang sikap batil si Ali Rustam yang redha dengan keputusan Lembaga Disiplin Umno ini. Apa salahnya Ali Rustam? Dia sama seperti orang lain yang ingin bertanding.

Niat bertanding itu sah dalam negara demokrasi. Niat melawan Najib sebagai PM jika Ali menjadi TPM, itu pun belum tentu lagi. Kalau melawan secara demokrasi pun apalah salahnya. Yang boleh didebatkan ialah rampasan kuasa dan tindakan 'melarikan' Dun seperti di Perak.

Jika menang, ada kemungkinan Ali akan turut saja kepada kemahuan Najib. Tapi, mungkin dia akan rampas kuasa juga. Bagaimanapun, itu cuma niat terpendam. Niat bukan boleh dihukum sebagai jenayah. Niat berzina di Port Dickson dengan penyanyi, tak boleh dihukum. Itu niat jahat. Ia bukan jenayah dan berdosa untuk dihukum.

Lagi pun, kadangkala niat itu boleh tergendala. Misalnya, baru saja mahu mendakap tubuh artis itu tiba-tiba pegawai penguatkuasa datang membuat serbuan di Port Dickson itu. Jadi, terbatal pula niat tadi.

Itu berbeza dengan niat berbuat kebaikan. Niat sahaja sudah beroleh pahala, apatah lagi kalau sudah amalkan perbuatan baik itu. Jika buat jahat, niatnya tak terhitung sebagai dosa. Tetapi, setelah berlaku kejahatan, baru amalan jahat ia diperhitungkan sebagai dosa. Dan niat jahat masih kekal sebagai niat dan bukan dosa.

Ali layak bertanding
Beliau sah bertanding dan beliau menerima pencalonan yang melayakkannya bertanding menurut hukum-hakam yang dicipta oleh Umno sendiri. Setidak-tidaknya Umno perlu hormat kepada hukum-hukam mereka sendiri, baru orang ramai akan hormat kepada mereka, walaupun hukum Tuhan sudah lama mereka bakulsampahkan.

Saya sokong Ali Rustam bertanding bukan kerana nama kami sama. Saya bukan mahu membodek dan mengampu Ali. Saya jauh di Kedah, utara tanahair sedangkan Ali Rustam di Melaka. Saya bukan mahu mohon tanah di Melaka. Saya pun bukan mahu mohon menjadi ahli Umno daripada Ali Rustam supaya saya dapat projek.

Jika ada pun persamaan antara kami, maka hal itu terjadi sebab kami pernah belajar di universiti yang sama. Jadi, saya harap Ali Rustam dan khalayak ramai faham maksud saya.

Keduanya, Umno bukan parti berteraskan agama. Tapi, oleh kerana Umno dirujuk sebagai parti Melayu di negara ini dan Melayu beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan, maka adalah keperluan jika sesekali menoleh ke arah kiblat agama dalam usaha menyelesaikan perbalahan sengketa antara Najib, Muhyiddin dan Ali.

Saya yakin dengan keislaman Najib, Muhyiddin dan Ali Rustam. Jangan cabar keyakinan yang tumbuh merendang di jiwa saya. Keislaman mereka ini belum ditendang walaupun mereka banyaklah membuat huru-hara dalam negara kita sebelum ini.

Saya meyakini bahawa tindakan membunuh Altantuya dari Mongolia dengan bom C4, menjual tanah di Johor kepada warga Yahudi Singapura dan memberi rasuah beribu-ribu kepada orang Umno tidak menggugurkan keislaman Najib, Muhyiddin dan Ali Rustam.

Lojik akal
Untuk memahami kaedah ini, mari kita guna lojik akal sekali-sekala. Di universiti dulu, memang banyak betul kes-kes tangkap basah, khalwat di dalam bilik tutorial.

Oleh kerana bilik berita akhbar Berita Kampus kerap menyala di tengah malam kerana kami bertungkus-lumus menyiapkan akhbar, maka pengawal keselamatan kerap juga bertandang, bersembang-sembang dengan kami.

Salah seorang daripada pengawal keselamatan in memang agak nakal sedikit macam saya juga. Pada suatu malam dia bercerita mengenai jumlah siswa siswi yang pernah ditangkap ketika sedang melakukan aksi 'ganas' dalam bilik tutotial pada waktu malam. Dekat puluhan juga kes seumpama ini!

Itu baru dalam kampus, kalau luar kampus? Pelajar asing, Minah dan Mat Salleh yang belajar di sini, itu tak masuk dalam perhitungan lagi. Tetapi, semuanya terpaksa dilepaskan.

"Kenapa abang lepaskan?" saya bertanya. Jam ketika itu sekitar 3 pagi.

"Aku kesian tengok depa.." kata abang pengawal itu. Kemanusiaannya masih hidup dan beliau tak sampai hati mahu menangkap mereka dan membawa mereka kepada HEP.

"Tetapi kalau kasihan begitu tak kena caranya bang," saya membantah secara halus, meminta dia teliti semula sikapnya kalau terpaksa berhadapan semula dengan perkara itu lagi.

"Masalahnya, kalau tertangkap basah, mereka terus dibuang universiti," katanya lagi. "HEP gunakan Auku untuk buang mereka daripada pengajian."

Agak menggelikan hati, ketika pengawal itu menyatakan bahawa yang salah itu adalah anunya dan bukan otaknya ketika kesalahan itu berlaku. Saya termenung beberapa kali.

Jika mahu ditafsirkan dan dihujahkan lagi, memanglah akal pun bersalah juga kerana gagal mengawal keinginan tetapi dari sudut lain, kita terfikir juga begini..

Mahasiswa itu dimasukkan di dalam kampus dengan sebab geliga otaknya berdepan dengan soalan SPM, STPM serta soalan peperiksaan ketika menuntut di Matrikulasi.

Jadi, kalau mereka mahu disingkirkan pengajian haruslah dengan sebab akalnya yang sudah 'jam', beku dan tak berfungsi dengan baik. Mereka mungkin sudah letih, malas dan bosan belajar, lalu mereka meninggalkan kampus dengan sebab ketidakmampuan akal bekerja keras menampung isi kuliah lagi. Itu lebih baik.

Apa salahnya 'anu berlaga' sehingga pengajiannya dibuang dari universiti? Mereka bersalah kerana melakukan 'perlagaan anu' sebelum termeterai ikatan perjanjian nikah. Itu sahaja. Carilah hukuman lain.

Kalaulah ada pasangan suami isteri yang sudah berkahwin, seberapa kerap dan beberapa kali anu dilagakan pun tiadalah tertakluk dosa perlagaan anu itu di dalam kitab perlembagaan Auku. Inilah antara kelembapan kaedah berfikir HEP. Bengap sungguh!

Damaikan sengketa
Menurut al-Quran (surah al-Hujurat), kita mesti damaikan sengketa antara dua pihak yang bertelagah. Najib, Muhyiddin dan Ali Rustam perlu berlapang dada dalam soal politik. Justeru, tulisan ini sekadar usaha kerdil untuk kononnya mendamaikan mereka yang merebut jawatan itu.

Ali Rustam memang patut dihukum atas kesalahannya itu. Tetapi, hukumannya bukanlah dengan tidak membenarkan beliau bertanding. Ada hukuman lain yang lebih setimpal. Seperti itu, siswa siswi yang beraksi gelap dalam bilik tutorial. Mereka perlu dihukum.

Tapi dengan kebijaksanaan, lembut hati pengawal keselamatan, mereka melepaskan mereka itu kerana hukumannya tidak betul; buang universiti. Memang tepat tindakan dan sikap pengawal keselamatan itu. Untuk apa dihukum kalau hukuman itu tidak adil!

Ali Rustam perlu dihukum. Tapi, hukumannya bukan dengan tidak mengizinkan dia bertanding. Adam dikeluarkan daripada syurga sebagai hukuman. Tapi, adakah amanah dan 'jawatan' baginda sebagai khalifah ditarik?

Najib dan Muhyiddin perlulah jujur. Janganlah kerana enggan persaingan dan membuang 'legasi' Pak Lah, maka Ali Rustam diperlakukan sebegitu rupa. Jangan diperalatkan Lembaga Disiplin dalam hal ini.

Orang-orang Yahudi, dalam kitab ekonomi mereka mewujudkan monopoli dalam perniagaan. Ini berlaku kerana, Yahudi tidak sukakan sebarang persaingan dalam pasaran. Sedangkan, memang itulah sifat pasaran. Ia terbuka dan dengan sebab itulah persaingan pun wujud. Persaingan sebenarnya adalah sesuatu yang sihat dan menyihatkan. Ia akhirnya menguntungkan pengguna dan orang-ramai.

Dalam kitab politik Umno, jangan memonopoli juga jawatan-jawatan tertentu sehingga menutup ruang peluang pihak lain untuk bertanding dan bersaing secara sihat. Saya bukan diupah oleh Abdullah Ahmad Badawi dan Ali Rustam ketika menulis ini. Saya menulis menurut kejujuran saya terhadap fikiran saya sendiri.

Mantan Ketua Menteri Melaka Rahim Tambi Chik pun apa kurangnya dalam masalah skandal beliau yang lama dulu? Tetapi, boleh pula bertanding. Jadi, Najib dan Muhyiddin perlulah jujur dalam permainan politik. Janganlah kerana takutkan persaingan maka mahu dimonopoli pula jawatan itu.

Kenapa dengan tiba-tiba, Najib dan Muhyiddin menjadi orang soleh dan terlalu warak hingga mereka tergamak membuang Ali Rustam dengan menggunakan lembaga yang kononnya mahu mendisiplinkan ahli-ahli Umno?

Umno Melaka perlu bermandi darah!
Saya harap, Umno Melaka dapat membuat sesuatu tindakan drastik yang berbentuk amalan di luar kebiasaan Umno selama ini. Sesekali, ambillah semangat si Jebat, buatlah huru-hara, bikin demo di PWTC menjelang hampirnya Perhimpunan Agung Umno kelak.

Bukankah tembok keangkuhan Malayan Union rebah melalui aksi demo pada 1946? Bukankah Tunku Abdul Rahman turun ke Bandar Hilir Melaka apabila pulang dari London? Bukankah watak-watak Bugis (Bukan semua. Tepatnya Bugis glokal) yang banyak bikin onar dalam Tanah Melayu ini? Nyahkanlah si dia sahaja.

Walaupun akhbar masih lagi meneruskan laporan yang menyatakan Ali Rustam boleh menerima hakikat itu dengan hati terbuka dan lapang dada, tapi kenapa Ali Rustam masih merayu supaya dipertimbangkan untuk bertanding merebutkan jawatan?

Maksudnya, jauh dalam lubuknya hatinya yang hitam paling dalam, Ali Rustam mempunyai cita-cita besar untuk bertanding lagi. Takkan Umno Melaka tidak nampak hal ini?

Panel Rayuan Umno akhirnya menolak rayuan Ali bagi mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin. Apakah lembaga ini betul-betul bertenaga atau ia wujud dalam perundangan Umno, masih boleh didebatkan lagi. Apa yang Umno Melaka perlu ialah sedikit keberanian melonjakkan kebenaran.

Sudah lama kita hidup dalam setia.. kali ini biarlah Umno Melaka mati dalam 'derhaka'. Apalah salahnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan