Oleh Tok Iskandar
1 Mac 2009. Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen, buat report polis dan SPRM.
Tok nak ulas kenyataan Najib semalam, sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah. Tok tak tahu siapa penasihat Najib,Razak Baginda atau Zahid Hamidi, tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan. Kalau dah tak reti, eloklah diam sahaja. Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah. Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak. Lain kali kalau nak bertindak, berfikirlah dulu.
Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini..? Jika ini berlaku, rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN. Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.
Bukan Najib je tengah pening, Tok tengok kabinet pun pening sama. hari ni kata naikkan tol, esok kata tak jadi. Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam, esok tak boleh pulak. Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang. Rakyat keliru, pelabur asing pun keliru. Siapa yang jadi PM ketika ini, Pak Lah atau Najib. Masa tol naik, mesyuarat kabinet dipengerusikan Najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke? Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni. Kabinet tak naikkan harga panadol ke?
Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP, eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi, 7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru, persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting. Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI. Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati. Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul, guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.
Rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing. Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri. MP Pakatan Rakyat, ADUN-ADUN, barisan pemuda, puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita. Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Shahnon Ahmad, sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.
Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah. Kata pujangga bahasa jiwa bangsa. kalau dah bahasa dikuburkan, ke manakah identiti bangsa melayu. Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian, cd, buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jika puak-puak UMNO yang dapat, memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia. Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.
Tok seperti rakyat Malaysia yang lain, nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi, berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya. Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.
Satu soalan cepu emas, berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN. selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum. Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkang tak boleh.
Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya. Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, ketakutan untuk membubarkan DUN Perak, isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.
Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN. KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001. Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang. harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo. Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara, mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol. Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini. Eloklah SPRM siasat.
Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa. Peluang terbaik memerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.
Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing. Nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidak pun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri. Di Kedah, tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah. Kan surat tu ada setem dan bersampul, buat ajelah report polis. jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.
Ada yang beranggapan UMNO memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini. Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA. rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis. UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat, seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai, baghal atau lembu buat report polis.
Ingatlah UMNO, Polis, SPR, SPRM, Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja. Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa. http://anwaribrahimblog.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan