Saya dan Datuk Seri Nizar bersama di Batu Cempedak, Khamis malam. Majlis berubah tempat ka kawasan pedalaman kerana larangan polis!
Sekitar jam 1.30 pagi, kami singgah di warung Penanti. Sempat pula menonton beberapa episod menarik dari filem Antara Dua Darjat - P. Ramlee dibelasah dan dialog menarik perihal Engku Hasan dan wanitacabaret (kalangan muda mungkin kurang serasi dengan istilah cabaretdan mungkin diganti dengan disko dan clubbing!).
Pagi Jumaat, kami minum pagi di rumah Dato’ Rashid bersama Ahmad Kassim dan Johari Abdul. Pada jam 10 pagi, nama calun Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau diumumkan iaitu saudara Manikumar. Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah turut berucap dan menyampaikan sokongan.
Pergelutan biasa menyusul selesai pengumuman dan saya memberi ruang kepada beberapa tokoh India meluahkan pandangan. Keadaan tenang dengan pengakuan masing-masing untuk bekerja keras menyokong calun yang dipilih.
Saya seterusnya ka Permatang Pauh dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuan Haji Abdullah, Tanah Liat kemudiannya makan tengahari bersama imam dan Ustaz Mutalib.
KeADILan Bahagian Permatang Pauh mengadakan mesyuarat khas dengan saya pada jam 3.30 petang dan memaklumkan kemajuan menerbitkan Warta Permatang Pauh dan kejayaan meningkatkan jumlah keahlian. Saya turut memaklumkan mengenai hasrat YB Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Selain itu saya sibuk menalipon Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng dan saudara Fairus.
Salesai bersolat Maghrib, saya berkesempatan berbual singkat dengan peserta seminar penghayatan Islam di Yayasan Aman. Kemudian kami berlepas ka Tambun dan Pasir Salak dalam majlis ceramah umum dan tiba pulang hampir jam 3 pagi di rumah.
ANWAR IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan