Dakwaan Kes Menghina Sultan "Double Standard", Bila Tiada Serorang Pun Ahli UMNO Di Dakwa Kerana Menghina Sultan Trengganu Dulu!

KUALA LUMPUR - Maka hebohlah didedahkan dalam media arus perdana tentang enam orang individu telah didakwa oleh mahkamah atas tuduhanmenghina Sultan Perak. Kami begitu simpati dengan nasib serta apa yang berlaku kepada kesemua yang terbabit. Bagi kami inilah bukti bahawa apa sahaja boleh dilakukan bila"kuasa ada ditangan mereka".Kesemua mereka yang terbabit ditangkap di seluruh negara oleh pihak polis setelah segala penyiasatan selesai dilakukan. Kesalahan mereka ialah memberi komentar yang melampau terhadap Sultan Perak terhadap insiden "rampasan kuasa"yang berlaku di negeri itu baru-baru ini. Bagi kami, kesemua yang tertuduh tidak harus dipersalahkan kerana mereka menulis komen terbabit dalam keadaan emosi berlandaskan kepada isu yang berlaku. Soalnya, siapakah yang menimbulkan isu yang menyebabkan rakyat "derhaka" dan"menghina Sultan" Perak itu?. Bukankah ia dek kerana tindakan"rampasan kuasa" yang didalangi oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya pemimpin UMNO negeri Perak yang harus dipersalahkan. Ini kerana insiden itu bermula selepas Najib Razakmengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeridaripada Tajol Rosli. Jika tidak, sudah pasti isu rampasan kuasa tidak berlaku dan tiada rakyat atau individu yang akan menghina Sultan Perak, baik secara berhadapan mahu pun menerusi penulisan.


Mereka yang dituduh itu ialah 
Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu". Selain daripada beliau turut didakwa di mahkamah yang sama ialah Muslim Ahmad yang tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan. Sementara itu di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama. Mereka ialahChan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang. Manakala itu di Sabah pula, seorang pemilik kedai telefon iaitu Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Manakala di Petaling Jaya juga, seorang juru ukur tanah Nor Hisham Osman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak. Hanya seorang sahaja yang mengaku bersalah dalam kes ini, sebaliknya kesemua yang lain mahu dibicarakan oleh mahkamah dan dibenarkan ikat jamin.

Sususlan daripada itu, kami melihat bahawa jika alasan menghina Sultan Perak digunakan sebagai asas pertuduhan dalam kes ini, maka apa bezanya dengan indidiviu yang memmbentangkan kain rentang 
"Kami Ndak Idris Natang" yang ditujukan kepada Sultan Trengganu yang juga merupakan Yang Di Pertuan Agong dulu. Bahkan ia telah disiarkan oleh media arus perdana ketika itu. Kenapa kes itu terus menyepi tanpa sebarang berita. Bahkan, hingga ke saat ini kita tidak mendengar pihak polis begitu cepat menangkap dan mnyiasat seterusnya mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah. Begitu juga dengan bekas MB Trengganu (Idris Jusoh) dan MB Perlis (Shahidan Kassim) yang secara jelas menghina Sultan masing-masing apabila memprtikaikan watikah perlantikan MB oleh Sultan dan menerima pula watikah yang dibuat oleh Perdana Menteri dulu. Kes ini jug sepatutnya boleh dituduh dan didakwa atas kesalahan menghina sultan?. Namun kenapa mereka semua ini terlepas dari hukuman? Hanya kerana mereka dalah ahli UMNO dan menyokong kerajaan yang memerintah maka akhirnya mereka terselamat dari segala pertuduhan biarpun semua bukti lengkap sudah disediakan.

[Dalam hal ini, memang jelas terdapat unsur-unsur "double standard"dan pendakwaan terpilih yang berlaku kepada rakyat Malaysia sebenarnya. Ianya bermakna jika anda ahli UMNO maka apa sahaja kes boleh diselesaikan dengan mudah tanpa sebarang tindakan mahkamah. Jika dilihat kes Hina Sultan Trengganu dulu, bukankah gambar individu terbabit jelas dipaparkan di kaca TV dan disaksikan oleh seluruh rakyat tetapi mereka selamat kerana puak-puak UMNO. Walhal kesemua yang dituduh kali ini hanya memberi komen dan melalui internet yang tidak dapat disaksikan oleh seluruh rakyat sebenarnya. Tetapi dek kerna mereka itu"comfirm" dan "sah-sah" adalah penyokong Pakatan Rakyat, akhirnya mereka didakwa dengan cepat sekali !!].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan