Dasar pendidikan negara tidak mantap - Abu Bakar Chik

Khairul Azlam Mohamad 
KUALA NERUS, 14 Mac (Hrkh)
 - PAS menyifatkan sistem dan dasar pendidikan di negara ini sangat tidak mantap pada perspektif Islam.

Ini kerana, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengabaikan aspek-aspek spiritual yang boleh memantapkan diri serta syakhsiyyah.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat, Dato� Abu Bakar Chik berkata demikian kepada Harakah di Ma�ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, dekat sini, kelmarin.

Katanya, permasalahan pendidikan di Malaysia menurut perspektif Islam sangat-sangat tidak mantap.

"Aspek-aspek spiritual para pelajar terabai. Pelajar yang lahir daripada pendidikan yang ada hari ini nampaknya tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka daripada anasir-anasir yang merosakkan.

"Apabila mereka (pelajar) bekerja banyak berlaku amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, banyak ketidakperhatinan terhadap tugas dan sebagainya," jelas Ustaz Abu Bakar.

Bahkan, katanya apabila pelajar tersebut berada di tengah masyarakat ternyata mereka tidak mempunyai akhlak Islam yang baik.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata PAS rasa terpanggil bagi membantu mengatasi masalah tersebut.

"PAS rasa terpanggil dalam konteks ini untuk mengkaji apakah kemampuan kita (PAS) yang bekerja dalam medan Islam ini untuk membantu mengatasi masalah-masalah ini," ujarnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan