'Dekati rakyat macam pikat gadis'

Jika Umno mahu memenangi semula hati rakyat dengan lebih berkesan, parti itu harus membayangkan mereka sebagai gadis yang ingin dipikat untuk dijadikan isteri, kata perwakilan Wilayah Persekutuan.

"Bayang bagaimana kita hendak memikat isteri kita apabila nak kahwin dahulu. Pertama, nak pikat kena tengok apa minat dia.

"Tunjukkan kita ambil berat pada dia, cuba selalu berdamping dengan orang yang kita minati ini.

"Dan kita mesti teruskan mendekatinya. Inilah asas hendak mendekati semula rakyat," kata Datuk Mohd Shafie Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno hari ini.

Menurutnya lagi, Umno juga kini dipandang sebagai sebuah parti elit dan keadaan ini menyebabkan orang kampung merasa bimbang.

Manakala kebanyakan program Umno pula, tambahnya, hanya memikir penyertaaan ahli cawangan sahaja.

"Sebaliknya, program harus bertumpu kepada seluruh masyarakat di cawangan terbabit. Kita mesti merakyatkan Umno kepada masyarakat. 

"Umno ini barang baik, tetapi pemasarannya kita tidak buat," tambah Mohd Shafie.

"Kita cuma harapkan pemimpin sahaja. Sepatutnya di peringkat cawangan dan bahagian, kita kena buat (begitu) secara berterusan."

Beliau juga menggesa barisan pemimpin baru Umno bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kemenangan BN dalam tiga pilihanraya kecil 7 April depan agar kekalahan parti tidak dieksploitasi oleh pembangkang.

"Kalau kumpulan (kepimpinan baru) ini boleh dibawa ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, alangkah baiknya," katanya.

Mohd Shafie menambah, menang atau kalah calon BN dalam pilihanraya ini tidak akan menjelaskan kerajaan yang dikuasai Umno.

"(Tetapi) jika BN kalah lagi, (maka) pembangkang akan menggunakan tersebut bagi menunjukkan bahawa kepimpinan baru tidak diterima masyarakat," katanya.

Dua pilihanraya kecil parlimen sebelum ini gagal dimenangi BN. 

Malah parti itu terlepas kerusi Kuala Terengganu di tangan PAS, selain gagal menurunkan majoriti PKR di Permatang Pauh.
 -malaysiakini-  

Ada anak gadis yang mahu ke kat samseng kampung Dusun ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan