Kes Siti Fatimah: Rayuan MAIPP ditolak

Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang hari ini menolak rayuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang mengisytiharkan Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, bukan lagi seorang Islam pada 8 Mei tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Ibrahim Lembut setelah berpuas hati bahawa status pengislaman Siti Fatimah tidak sempurna.

siti fatimah tan abdullah tan ean huangMAIPP memfailkan rayuan tersebut Mei lalu terhadap keputusan mahkamah berkenaan membenarkan permohonan Siti Fatimah, atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, keluar Islam setelah mendapati wanita itu tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 10 Julai 2006, Tan berkata, dia tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama  Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.
    
Tan, yang pernah bekerja sebagai tukang masak,  memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya  yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
    
Dalam tuntutannya Tan menyatakan bahawa sepanjang  memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala dan mengikut ajaran agama asalnya, Buddha, dan masih memakan daging babi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan