Ketam Mengajar Anak Ketam

Berdekah-dekah aku ketawa kerana tak tahan dengan lawak jenaka UMNO. Ini berkaitan dengan usaha mereka, kononnya, nak membenteras politik wang atau rasuah di kalangan pimpinan dan ahli mereka. Jika satu ketika dulu mereka telah ’kerjakan’ Isa Samad kerana dia ini dianggap 

mengancam orang-orang tertentu sedangkan waktu itu pun boleh kata hampir semua pimpinan dan ahli-ahli UMNO turut terlibat sama tetapi selamat daripada sebarang hukuman. Jadi alasan politik wang ini sangat ampuh untuk digunakan bagi menyekat kemaraan orang-orang daripada kumpulan lain dan secara terang-terangan digunakan kepada sesiapa saja yang tidak dikehendaki oleh orang-orang atasan UMNO.

Saya berani jamin hampir semua pimpinan dan ahli-ahli UMNO terlibat di dalam politik wang cuma yang dihukum berpilih-pilih. Ali Rustam dihukum kerana dia mengancam kedudukan Muhyiddin (yang diyakini akan tewas dengan Ali Rustam). Norza pula dihukum sebab dia dianggap orang kuat Pak Lah. Memanglah mereka ini terlibat di dalam politik wang tetapi bukankah yang lain-lain turut terlibat termasuk Khir Toyo, Khairy, dan semua yang sewaktu dengan mereka.

Bertambah kelakar lagi apabila mereka-mereka yang didapati bersalah diberi hukuman berbeda-beda mengikut selera pimpinan atasan mereka. Ada yang digantung keahlian, ada yang diharamkan daripada bertanding, ada yang bersalah tetapi hanya diberi amaran, malah ada yang didapati bersalah tetapi tiada hukuman yang dikenakan. Lebih hairan bin ajaib ialah Khir Toyo pula didapati tidak bersalah! Kesimpulannya sarkas UMNO ini akan berterusan sehingga si UMNO terjun dengan keris-kerisnya.

Di dalam kemeriahan sarkas UMNO ini, Tun Mahathir pula memberi teguran kepada ’bakal’ PM supaya jangan membuat kesilapan di dalam memilih barisan kabinet nanti dan memastikan yang bersih saja dipilih. Si Najib pula lantas membuat kenyataan bahawa beliau hanya memilih yang bersih saja untuk menganggotai kabinet beliau. Persoalannya adakah lagi orang yang bersih di dalam UMNO? Dia sendiri pun bukan setakat terpalit malah diselimuti dengan pelbagai skandal rasuah, jadi macamana nak jadi kabinet bersih?

Anak Bapa: Daripada gambaran di atas yang saya nampak memang boleh buat kabinet bersih, yakni kabinet sapu bersih ........

http://anakbapa.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan