Langkah Kian Sumbang, Khairy Bakal Menggagalkan Usaha Membawa Najib Razak Bagi Menggantikan Bapa Mertuanya Itu Sebagai PM !!




Sebelum ini kami pernah mendedahkan bahawa salah satu antara dua"perkara" penting yang bakal menjurus kepada kegagalan Najib Razakbergelar Perdana Menteri iaitu kes Altantunya dan politik wang dalam UMNO. Namun jelas dapat dilihat, kes Altantunya seakan-akan memihak kepada Najib. Malah awal-awal lagi, pihak polis mengatakan Najib tidak bersalah walhal masih belum disiasat, dipanggil ke mahkamah sebagai saksi atau di dakwa. Mudah benar pihak polis Malaysia membuat kerja mereka. Asalkan mempunyai kuasa tertinggi dan berjawatan penting dalam kerajaan maka individu itu boleh terlepas dari sebarang pendakwaan ataiu hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan. Dalam kes Altantunya misalnya, banyak bukti yang menyebabkan Najib harus diheret ke mahkamah sebagai saksi utama. Namun kenapa mahkamah tidak mengeluarkan "sapina" untuk memaksa beliau berbuat demikian. Jangankan Najib, malah Pegawai Polis Pengiring (ADC) beliau sendiri iaitu DSP Musa Safri pun tidak dibawa ke mahkamah. Inilah yang memusykilkan kita, sedangkan dalam masa yang sama kedua-dua tertuduh iaitu Sirul dan Azilah menjelaskan bahawa mereka telah "dikambing hitamkan" oleh pihak-pihak tertentu. Kenapakah polis begitu susah untuk menyiasat hal ini. Sebelum ini juga nama TPM itu seringkali disebut oleh saksi-saksi kes berkenaan. Namun, setiap kali ia disebut dimahkamah, Najib dengan mudah menepis dan menafikannya di luar mahkamah. Kenapa Hakim tidak mahu mengarahkan Najib di bawa sebagai saksi?. Inilah masalahnya sekarang yang menghantui seluruh rakyat Malaysia. Akhirnya dalam kata dirinya difitnah, Najib terus dibenci oleh rakyat. Buktinya, UMNO dan BN "dikuburkan" di dua pilihanraya kecil iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Agenda yang pertama menerusi kes Altantunya ini dilihat semakin tipis harapan untuk menggagalkan usaha membawa Najib Razak sebagai PM. Maka akhirnya seperti yang pernah kami perkata, iaitu 
"Politik Wang"bakal memerangkap Najib menggantikan Pak Lah. Apakah benar telahan ini, sedangkan dalam masa yang sama Najib menggunakan kuasanya untuk menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat gejala politik wang dalam UMNO. Namun kenapa isu ini timbul semula semalam apabila seorang ahli UMNO iaitu Datuk Mazlan Harunyang menggesa pemilihan dan perhimpunan agung Umno hujung bulan ini ditangguhkan. Malah beliau dan rakannya iaitu Ketua Cawangan UMNO Muar, Datuk Kadar Ninam Shah menggesa Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan 24 hingga 28 Mac ini ditangguh supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplindan SPRM dapat diselesaikan. Mereka telah memohon injunksi mahkamah supaya Perhimpunan Agung parti itu ditangguhkan sekiranya kes politik berkenaan masih belum selesai hingga ke tarikh yang dinyatakan.

Ramai yang tertanya-tanya dan ramai juga yang sudah boleh meneka siapakah 
"mastermind" di sebalik tindakan kedua-dua pengadu ini?. Ramai juga turut hairan dikala Pak Lah dikhabarkan akan melepaskan jawatannya itu, dalam masa yang sama beliau semakin rakus juga untuk mempertahankan kuasanya. Terbaru, tiba-tiba sahaja beliau melantikDatuk Abddullah Md Zain sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri menggantikan Hamid Othman. Kenapa ini berlaku dikalan beliau bakal meninggalkan jawatan itu. Bukankahkah ini semua bakal mengundah "perang psikologi" buat Najib dan juak-juaknya. Apapun kami yakin bahawa semua ini adalah perancangan yang dibuat oleh menantunya Khairy Jamaluddin sebenarnya. Khairy tahu Najib bakal menghumbankan keegoaan anak muda itu dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO nanti. Sudah pasti Najib akan berpihak kepada anak"sifunya" Mukhriz Mahathir. Masakan Najib akan berpihak kepada Khairy. Inilah yang menggusarkan Khairy sebenarnya. Perancangan jahat pasti dilakukan oleh Najib-Mukhriz untuk mengalahkan Khairy. Mana mungkin Najib akan menyokong Khairy. Justeru itulah Khairy perlu merancang sesuatu untuk menggagalkan hasrat Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebenarnya. Masa kian, tipis dan Khairy sudah tiada masa untuk bertindak. Apapun, semoga UMNO akan terus berpecah sekiranya ternyata Pak Lah kekalkan kuasanya dan hanya memberi jawatan Presiden UMNO kepada Najib tetapi bukan Perdana Menteri.

 
[Sama-sama kita nantikan perkembangan ini dengan penuh kesabaran hendaknya. Apa yang pasti tidak mungkin Pak lah akan melepaskan jawatanya dan hanya menjadi Menteri Pertahanan dan Najib duduk di kerusinya itu dalam Mesyuarat Kabinet setiap minggu. Juga tidak mungkin Pak Lah akan berpindah tempat duduk dalam Dewan Rakyat bila kerusinya itu diberikan kepada Najib. Pak Lah bukan seperti Mahathir yang melepaskan jawatan serta tidak bertanding di Parlimen Kubang Pasu. Pak Lah masih dalam kerajaan sebenarnya. Mana mungkin Khairy boleh melihat bapa mertuanya itu akan dihina dan diperli pula oleh Najib selepas ini. Apa yang pasti Najib pasti akan mengambil Mahathir sebagai Penasihat Kerajaan dan bukannya Pak Lah yang dilihat lemah longsai serta tidak bermaya sekarang ini sebenarnya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan