MENGAPA PAKATAN RAKYAT PERTIKAI KERAJAAN HARAM BN?

Najib dan Zambry kata dalam satu majlis di Bukit Gantang :-

BN tidak pernah pertikai sewaktu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, sekarang BN pula yang membentuk kerajaan mengapa PR pertikai?

PR ambil alih kerajaan melalui proses pilihanraya, walaupun menang dengan majoriti nipis, namun semua pihak akur apabila pengambil alihan kuasa dibuat melalui pilihanraya. Sekarang BN mengambil alih tidak melalui pilihanraya, tiga wakil rakyat PR hilang tanpa dapat dikesan. Desas desus yang begitu kuat dari sumber yang boleh dipercayai, mereka bertiga akan meninggalkan parti masing-masing dan menyokong BN bagi menjatuhkan kerajaan PR.

PR mengambil langkah mengumumkan kehilangan mereka dalam akhbar, disusuli dengan tindakan Speaker mengumumkan kekosongan kerusi di Changkat Jering dan Behrang. Surat perletakan jawatan sebagai ADUN yang ditandatangani oleh mereka pada awal pembentukan kerajaan dulu dianggap valid oleh Speaker apabila mereka keluar dari PR. Speaker telah memaklumkan kekosongan dua kerusi tersebut kepada SPR dan meminta SPR mengistiharkan pilihanraya, namun SPR tidak bertindak demikian.

Kerajaan PR menjadi tidak stabil, sekali lagi PR mengambil langkah bijaksana dengan memohon perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang baru melalui pilihanraya. Sebaliknya Tuanku tidak perkenan untuk membubarkan DUN dan meminta Hj Nizar letak jawatan, Hj Nizar pula tidak meletakan jawatan.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, UMNO BN menggunakan Tuanku untuk mengumumkan pembentukan kerajaan BN di Perak dengan melantik Zambry sebagai MB Perak yang baru. PR mempertikaikan cara BN membentuk kerajaan, MB yang sedia ada tidak letak jawatan, surat perlucutan jawatan sebagai MB juga tidak pernah diterima oleh Hj Nizar. Dalam isu Ghazali Jawi yang dituntut oleh Tuanku Sultan Idris ketika itu supaya meletakan jawatan sebagai MB, pemuda UMNO menegaskan dengan mengatakan bahawa Tuanku ada kuasa melantik MB, sebaliknya tidak ada kuasa melucut jawatan MB. Tuanku Sultan Idris tidak boleh berbuat apa, dua tahun Ghazali Jawi menjadi MB yang tidak direstui oleh Sultan, akhirnya beliau letak jawatan setelah diminta letak jawatan oleh Presiden UMNO ketika itu.

Hj Nizar tidak pernah letak jawatan walaupun dititah oleh Tuanku, dan Tuanku tidak ada kuasa melucutkan jawatan MB sebagaimana kedudukan Ghazali Jawi yang dipertahankan oleh UMNO ketika itu. Kerajaan PR dan Hj Nizar akan hilang kuasa dengan tiga cara sahaja, iaitu DUN dibubarkan, menang usul undi tidak percaya pada MB di DUN atau Hj Nizar sendiri letak jawatan.

Ketiga-tiga proses tidak berlaku. Sebab itu, PR dan rakyat mempertikaikan cara BN UMNO mengambil alih kuasa, PR dan rakyat rela dan redha sekiranya pengambil alihan kuasa berlaku menerusi proses pilihanraya, mengapa BN takut dengan pembubaran DUN dan pilihanraya sekiranya mereka yakin dapat sokongan rakyat? Ataupun kalau tidak mahu pilihanraya seluruh negeri diadakan, bimbang BN lagi banyak kalah, tiga adun tersebut letak jawatan, pilihanraya kecil diadakan, bagi mandat rakyat di DUN berkenaan memilih wakil rakyat. Sekiranya tiga kerusi tersebut dimenangi oleh PR, kekallah PR memerintah kerajaan. Begitulah sebaliknya.

BNlah yang paling tidak demokratik dan tidak menghormati keputusan rakyat sejak dulu hingga sekarang. Angkatan Perpaduan Rakyat menang di Kelantan pada 1990, apa yang BN perlakukan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat? Kelantan dianak tirikan, geran tahunan dilengahkan, MB dinafikan sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan dalam negeri, peruntukan pembangunan persekutuan diabaikan dan sebagainya. PAS menang pula di Terengganu pada 1999. Apa yang BN perlakukan di Terenganu? Kerajaan Terengganu sama diperlakukan sebagaimana Kelantan, ditambah dengan merampas royalti minyak. Sekarang BN juga memperlakukan tindakan yang sama di semua negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan