Berikut ialah antara komen dari Munawir-cahayamu tentang tulisan saya Rupa-rupanya Tiada Pelajar Terbaik SPM 2008 – Tanda PPSMI Perlu dimansuhkan.
Re: Rupanya SPM 2008 Tiada Pelajar Terbaik Malaysia – Tanda PPSMI Perlu Dimansuhkan (Score: 1)
by Munawir-cahayamu (munawir@me.com) on Monday, March 16 @ 15:37:57 MYT
(User Info | Send a Message) http://airasiana.blogspot.com
Orang mabuk kuasa memang suka buat peristiharan!! Orang dah tahu pun nak buat peristiharan!!
Rupanya munawir ini tahu siapa pelajar terbaik SPM 2008 walaupun ia tidak disebut begitu atau tidak diistiharkan. UMNO sungguh bertuah kerana mempunyai penyokong seperti Munawir yang tahu kerana faham dari ayat-ayat yang diolah sebegitu rupa dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Harap-harap Munawir tahu bahawa anak Kelantan yang miskin yang belajar di sekolah agama di bawah kerajaan negeri Kelantan itulah pelajar terbaik SPM 2008, walaupun tidak diistiharkan.
Sebaliknya UMNO menjadi celaka kerana mempunyai ahli seperti munawir ini kerana kecerdikan cepat faham dan mudah tahu itu tidak boleh diguna pakai untuk mengetahui dan memahami siapakah yang suka dan minat kepada pengistiharan.
Pendokong UMNO jenis ini nampaknya lambat faham dan lambat mengenali pihak mana yang suka kepada istihar istihar ini.
Munawir kata orang mabuk kuasa memang suka buat peristiharan!!!!. Seolah-olah Munawir melawan tabiat UMNO dan menentang tabiatnya dan kesukaannya sendiri.
Dalam kes ini Munawir susah pulak nak faham dan lambat pula mengetahui bahawa UMNO lah yang suka sangat kepada peristiharan. UMNO itu sendiri hidup atas istihar sini istihar sana, resmi sini resmi sana, tanpa peristiharan dan perasmian, UMNO sudah lama mati.
Projek korek lubang najis UMNO letak projek kerajaan barisan nasional, projek tanah perkuburan UMNO istihar projek kerajaan barisan nasional, projek angkasa lepas tu pun kalau boleh nak diletak di baju angkasawan dan ditulis di badan kapal angkasa projek kerajaan barisan nasional. Tetapi oleh kerana ia milik Russia-Amerika maka UMNO tidak mampu hendak berbuat demikian.
Yang istihar dan tabal orang lain sebagai sultan Kelantan suatu waktu dulu di bawah pokok juga UMNO. Sedangkan Sultan Kelantan masih bertahta di Istana waktu itu.
Adakah ini semua yang dimaksudkan oleh Munawir-cahayamu sebagai orang mabuk kuasa memang suka peristiharan?
Muramatsu
United Kingdom
Pelajar PhD Fizik
16.03.2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan