PAC Perak bermesyuarat 23 Mac ini, MB kudeta dipanggil sekali lagi.


IPOH: Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak akan bermesyuarat pada 23 Mac ini bagi membolehkan kehadiran Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Pengerusinya yang juga merupakan ADUN Canning, Wong Kah Woh, berkata Ahmad Kamal telah menulis surat kepada jawatankuasa itu untuk memohon satu tarikh baru mesyuarat kerana beliau berada di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam.

"Selain itu, jawatankuasa akan memanggil ketiga-tiga penasihat menteri besar kudeta iaitu Datuk Chang Ko Youn, Datuk S Veerasingam dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz serta ketua penerangan negeri Datuk Hamid Abu Bakar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAC di sini hari ini.


Beliau berkata jawatankuasa itu juga tidak akan memanggil semula Menteri Besar kudeta, Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim Wong pada mesyuarat akan datang kerana kedua-dua mereka telah menunjukkan ketiadaan niat untuk menghadirinya.

Katanya PAC telah memberi peluang kepada mereka untuk menjelaskan semuanya tetapi mereka gagal untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, jawatankuasa itu telah pergi ke pejabat ketiga-tiga penasihat menteri besar dan ketua penerangan negeri untuk memastikan ia beroperasi atau tidak.

Pada 5 Mac lalu, Zambry tidak menghadiri mesyuarat PAC tetapi hanya YAB. Menteri Besar Negeriperak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hadir pada mesyuarat khas itu yang bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis kepimpinan di negeri itu.

Krisis rampasan kuasa di perak nampaknya dalam satu tindakan yang tanpa sedar juga melibatkan rampasan kuasa mengurus kewangan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan