Patut lah Bil Air Kita Tinggi dan Semakin Menaik…

Gaji Pengerusi SYABAS, Tan Sri Razali Ismail, diberitakan mencecah RM5.1 juta setahun(RM425,000.00 sebulan). Itu tidak termasuk “claim” dan grautiti lain. Al maklumlah, perkara asas seperti air pun Barisan Nasional mahu meniagakan untuk menguntungkan kroni.

Sekiranya SYABAS mampu membayar gaji Pengerusi mereka dengan sebegitu banyak sekali, bayangkan betapa besar keuntungan yang didapati oleh mereka dari perusahaan mereka menjual air.

Razali berhujah bahawa dia layak menerima gaji setinggi tersebut kerana ianya melambangkan kemahuan serta kebolehan yang diperolehi oleh syarikat tersebut dari nya.

Soal sekarang, apa yang susahnya untuk mentadbir SYABAS, sebua syarikat monopoli.

Kalau Steve Job misalnya, layak menerima gaji yang tinggi kerana selain dari permasaalahan mentadbir sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa, beliau terpaksa memikirkan persaingan yang beliau terpaksa hadapi dengan syarikat lain seperti Dell dsbnya.

Apakah saingan yang perlu dikhuatiri oleh SYABAS? Adakah syarikat lain di Selangor yang memberikah khidmat air kepada pengguna? Adakah pengguna di Selangor mempunyai dua paip air di setiap rumah dan dua meter air di setiap rumah mereka?

Tidak, kerana SYABAS adalah bisness monopoli dan tak perlu seorang yang bergaji dan berkebolehan tinggi untuk menjayakan syarikat ini.

Ini bererti pembayaran gaji kepada Razali Ismail ini adalah satu bentuk korupsi yang menjadi mercutanda UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO Adalah Ibarat Parasit

Kesemua sumber asas negara telah dieksploitasi oleh UMNO atas nama Ketuanan Melayu untuk menjadikan beberapa kerat UMNOPUTRA kaya raya.

Manakala, majority rakyat dan orang Melayu masih merempat dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk menampung keluarga mereka.

Dari kajian yang dibuat baru-baru ini, 65% dari keluarga Melayu di Malaysia hanya mendapat RM3500 sebulan (dalam kedua-dua ibu dan bapa bekerja).

Pada waktu yang sama kita lihat ada CEO kepunyaan UMNO yang mendapat gaji RM5.1 juta setahun tidak termasuk “benefit”.

Lihatlah betapa besar jurang pendapatan UMNOPUTRA dengan majority rakyat Malaysia dan orang Melayu.

Inilah dia hasil polisi dan pentadbiran UMNO selama lebih 50 tahun. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin dirompak.

Keluarga Melayu yang mendapat RM3500 setahun ini akan lebih dibebankan dengan kenaikkan bil air demi untuk menanggung gaji para UMNOPUTRA yang duduk di tampuk pentadbiran SYABAS.

Saya duduk di Selangor dan saya melihat kualiti air saya tidaklah ada perubahan yang jelas walaupun bil air saya semakin menaik.

Rupanya, kenaikan bil air saya itu diperlukan untuk mengkayakan lagi para UMNOPUTRA.. 

Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/)- Laman M@RHAEN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan