Peguam kepada V.Sivakumar,Chan Kok Keong menyatakan bahawa Sidang tergempar DUN Perak yang dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar, adalah SAH.
Menurut Chan, Speaker DUN Perak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil sidang tergempar dewan undangan negeri. Chan menyatakan bahawa sidang dewan undangan negeri Perak hanya ditangguhkan pada November tahun lalu dan oleh kerana itu Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan tergempar 3 Mac ini.
Persidangan tersebut memenuhi segala

peruntukan Perintah Tetap Dewan Negeri dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan serta perjalanan parlimen yang biasa terpakai di dalam negara-negara komanwel.
"Speaker mempunyai kuasa yang cukup untuk memanggil persidangan yang ke 4 dari seksyen pertama dewan undangan negeri Perak"
Chan juga menyatakan beliau telah merujuk kepada pakar perlembagaan Tommy Thomas (gambar) yang bersetuju bahawa Speaker V.Sivakumar mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.
Beliau menambah Sivakumar akan memanggil beberapa orang peguam lagi untuk menerangkan hal-hal perundangan kepada ahli-hli dewan semasa sidang tergempar itu nanti.

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, YB Khalil Idham Lim (gambar) mempertikaikan kesahihan kenyataan akhbar itu samada ia
benar-benar datang dari Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri dan percaya bahawa kenyataan akhbar tersebut bertujuan untuk mengkambing hitamkan Setiausaha Dewan.
Beliau menyatakan bahawa Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri adalah seorang yang memegang dua jawatan yang berbeza tugas dan peranannya dan mendakwa bahawa ada usaha untuk mengagalkan sidang ini oleh Penasihat Undang-undang kerajaan negeri.
Mengikut Khalil, kenyataan tersebut jelas atas arahan pihak tertentu. Beliau tahu sangat bahawa Abdullah tidak akan melakukan sesuatu tindakan melainkan berpandukan kepada undang-undang dan perlembagaan.
Sementara itu kenyataan yang dikeluarkan petang ini yang dikatakan datang dari Abdullah Antong Sabri menampakkan pelbagai percanggahan dan amat mengelirukan.
Menurut kenyataan itu Speaker gagal untuk mematuhi Peraturan Tetap 8(1) yang menyatakan notis 14 hari diperlukan sebelum dimulakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan mesyuarat dewan.
Tetapi kenyataan akhbar itu tidak menjelaskan sehingga akhir Peraturan Tetap 8(1) tersebut iaitu:
"Sekurang-kurang empat belas hari sebelum dimulakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan semula mesyuarat Dewan, Setiausaha Dewan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli suatu notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyuran memanggil dewan dengan syarat bahawa dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan dan dalam keadaan demikian notis itu hendaklah dikeluarkan dengan seberapa segera yang boleh." http://greenboc.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan