Empat jam lagi akan diketahui kebenaran desas-desus yang mendakwa seorang calon timbalan presiden akan digantung keahliannya selama tiga tahun kerana terbabit dalam politik wang. Lembaga Disiplin Umno akan mengadakan sidang akhbar khas jam 4 petang ini, untuk mengumumkan hasil siasatannya terhadap calon-calon pemilihan Umno yang didakwa terbabit dalam politik wang. Sidang akhbar itu juga akan menjawab khabar angin sama ada benar Datuk Mohd Ali Rustam - salah seorang daripada tiga calon timbalan presiden - disiasat oleh lembaga disiplin. Hari ini tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan. Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan. -malaysiakini- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan