Ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, 34, seorang peguam, dituduh menghantar komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my.
Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di No. 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga di sini pada 7.57 pagi dan 8.01 pagi, 14 Februari.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1958 (AKta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim kemudian menetapkan 20 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Azmi Ariffin.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Zainuddin berkata pihaknya akan mengemukakan satu representasi kepada Pejabat Peguam Negara supaya kedua-dua pertuduhan terhadap anak guamnya dipertimbangkan selain menggugurkan pertuduhan terhadap Fatimah. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan