Syed Hamid Albar mesti bertanggungjawab


Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian, berkuat kuasa serta merta ; hanya setelah masyarakat Islam mula menunjukan bantahan terhadap perkara tersebut.

"Saya berpendapat ada kesilapan dalam warta itu. Apabila kita membuat kesilapan, saya mesti akui ia perlu diteliti secara menyeluruh.

"Tetapi oleh kerana perkara itu sudah silap...maka lebih baik kita buat pembetulan," katanya kepada pemberita 
di sini.

Ini bukan suatu kesilapan yang kecil kerana melibatkan sensiviti agama dan ketenteraman awam. Menterinya, Syed Hamid Albar harus meletakan jawatan jika beliau bertanggungjawab diatas kekalutan isu tersebut ; melainkan beliau tidak ada rasa harga diri.                                                                                                                                                      
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan