UMNO MELAKA TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT

Apa nak jadi dengan penyokong dan pimpinan UMNO Melaka. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa pemimpin mereka yang mereka sanjungi antara pemimpin yang terlibat dengan najis rasuah bahkan bukan itu sahaja rata-rata seluruh UMNO Bahagian Melaka melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Tak tahulah saya nak kata macam mana. Jika di Jepun mana-mana menteri terlibat dalam mana-mana gejala tidak bermoral lantas mereka meletakkan jawatan. Di Malaysia lihat sahaja contoh yang wajar diikuti oleh pemimpin UMNO iaitu kes YB Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Beliau cuma dianiaya dengan penyebaran gambar separa bogel tetapi rata-rata pemimpin UMNO dan BN ketika itu mengecam beliau dan mendesak beliau meletakkan jawatan. Antara yang tumpang semangkuk adalah Ali Rustam..Tetapi yang patut dipuji adalah sikapnya yang berani meletakkan jawatan sebagai exco dan Adun ekoran tersebarnya gambar tersebut walaupun keputusan tersebut belum lagi diputuskan oleh Tan Sri Khalid.

Berbalik kepada Ali Rustam, 2 contoh yang diberikan tadi sudah untuk saya mengambarkan bahawa Ali sememangnya manusia yang tidak gentelmen, bahkan tanpa mengenal erti malu beliau cuba membuat rayuan bagi memastikan dirinya layak bertanding untuk merebut kerusi no.2 tertinggi dalam UMNO. Walaupun sudah terbukti Ali Rustam sudah bersalah tetapi penjilat-penjilat najis Ali Rustam berusaha membela pemimpin mereka. Pelik sungguh rasanya saya dengan pimpinan UMNO, pemimpin yang sudah dilumuri dengan najis rasuah pun masih hendak disanjung.

Lupakah mereka bahawa rasuah merupakan amalan terkeji di dalam Islam. Jadi kenapa perlu kamu membela orang sedemikian sedangkan semasa beliau senang, beliau tidak mengenal erti kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Melaka. Apa yang berlaku kepada Ali Rustam merupakan satu balasan dari Allah dan bagi saya adalah wajar jika pemimpin UMNO dan BN dibogelkan kegiatan rasuah mereka...

Kepada penyokong dan pemimpin UMNO Melaka, butakah kamu semua dengan apa yang berlaku..?? Bagaimana kamu semua nak banteras rasuah sedangkan pemimpin kamu pun sama tidak berguna dan juga antara manusia yang terlibat dengan najis rasuah...Hoi orang UMNO Melaka, sedar-sedarlah yang UMNO sudah nak karam.pemimpin yang ada bukannya hendak membela bangsa dan rakyat sebaliknya hanya memenuhkan kantung poket mereka..bawa-bawalah sedar oiiiii!!!

p/s : Bila agaknya Ali Rustam nak umumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri dan Adun Bukit Baru ???? saya rasa mungkin tidak......Paling kuat pun UMNO akan membalas kenyataan dari geng pakatan rakyat dengan ayat " ini semua provokasi dari pmebangkang"...tak percaya, you all tunggu sahajalah.. 
  
 

kunjungi 
www.silembiks.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan