ISU yang berkisar di sekitar diri timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin bakal memberi satu lagi bencana kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bencana itu nanti tentulah akan turut sama terheret kepada Pakatan Rakyat seluruhnya.
Berita Farius melepaskan jawatan yang berkuatkuasa pada 8 April nanti nampaknya ada sedikit berbelit-belit dan tidak telus. Apakah sebenarnya yang mahu disembunyikan daripada isu Fairus ini oleh PKR. Akhirnya isu mengenai Fairus ini akan sampai ke penamat juga.
Fairus sudah lama dikatakan tidak disenangi oleh pimpinan PKR dan juga pimpinan kerajaan Pulau Pinang. Sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh lagi. Semuanya disebabkan perangai dan juga tindak tanduk Fairus yang dikatakan kurang mesra rakyat dan mengambil berat kepada pengundi di kawasannya. Sikap kurang pedulinya banyak dituturkan orang.
Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sendiri pernah menegur secara baik dan meminta Fairus membaiki reputasinya sebagai wakil rakyat. Anwar dikatakan menerima berbagai laporan mengenai ‘kegiatan’ Fairus yang mencacatkan kedudukannya sebagai wakil rakyat dan juga selalu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Barangkali nasihat itu tidak diendahkan oleh Fairus. Segala nasihat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Laporan dan juga cakap-cakap mengenai Fairus terus kedengaran dan mungkin meresah dan menyerabutkan Anwar.
Bagaimana pun proses mengatasi masalah Fairus itu ada sedikit kecacatannya. Semua pihak baik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Abu Zaharin Hashim dan Anwar sendiri seperti serba salah untuk menangani masalah itu. Masing-masing bersabar dan kekok untuk bertindak ke atas Fairus kerana ia bimbang memberi kesan kepada parti.
Apa lagi Anwar selaku penasihat PKR sangat pening kepala kerana keputusan akhirnya ditangan beliau. Kata putus mengenai Fairus terletak ditangannya. Kedudukan ini wajar dan sesuai kerana beliau penasihat.
Jika dilihat kepada ‘dong ding dong’ mengenai penghantaran surat perletakan jawatan Fairus itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Guang Eng dan Zaharain seakan mencari-cari alasan sesuai dan tidak mengeruhkan suasana dalam menyelesaikan masalah Fairus itu. Disebabkan berhati-hati itu menyebabkan kepincangan itu dapat dikesan.
Lim Guan Eng bila ditanya minta dirujuk kepada Anwar. Abu Zaharain pula memberi alasan Fairus ingin menyambung pelajaran. Penjelasan Zaharain itu nampak ianya dibuat dan alasan itu sebagai alasan orang yang tidak ada arah.
Sedikit menghairankan kenapa tidak ada sikap terus terang mengenai Fairus ini? Rasanya tidak perlu ianya ‘dong ding dong’ berkenaan, jelas sahaja hal sebenarnya. Pemimpin PKR harus bersikap terbuka dan jangan cuba melindungi sesuatu yang mudah berbau.
Sikap untuk menjaga dan mengawal suasana dalam PKR dengan menanggung orang bemasalah tidak memberi kebaikan. Keadaan itu samalah seperti memikul biawak hidup yang tidak memberi guna. Rasanya rakyat dapat memahami dan bersetuju dengan apa juga tindakan termasuk memecat Fairus, kalau perlu. Cuma seperkara yang perlu difikirkan tindakan biarlah secara konsisten an adil.
Kalau rakyat sudah faham dan semua orang tahu kelemahan Fairus dan sikap tidak makan nasihat itu, rakyat tidak akan bersimpati kepadanya kalau beliau dipecat sekali pun. Mengenai DUN Penanti jangan dijadikan masalah untuk bertindak membersihkan parti.
Betapa pun PKR hendak menjaga Fairus dan mengawal keadaan kini ianya sudah terburai. UBN telah pun mengambil kesempatan. Perkahbaran tebaru dari maklumat hampir dengan Adun Penanti itu pula menyebut beliau kini sudah mula menghunus keris untuk mempertahankan diri.
Khabarnya Fairus sudah pun mula membuat persiapan untuk menyerang penasiahat PKR. Kalau ini sudah diambil makna isu Fairus sudah tidak dapat diselamatakan lagi.
Pasti UBN sudah ambil kesempatan dan memberi seribu janji kepada Fairus. Kini terserah kepada kebijaksana PKR menangani masalah ini. Cuma jika PKR gagal menghantar perunding yang bijaksana dan pemujuk yang diplomasi kepada Fairus tidak mustahil DUN Penanti akan bertukar tangan kepada Umno.
Saya tidak yakin kalau Fairus sedia mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan. Kerana baginya alang-alang berdakwat biarlah hitam baik dia kembali semula ke parti asalnya, Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan