AJK Bahagian keluar Umno

Saidah Hairan  

KUALA SEPETANG, 6 April (Hrkh) - AJK Wanita Umno Bahagian Matang Gelugur Tun binti Harun mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PAS kerana menjemput muslimat PAS membaca yasin di rumahnya.

Beliau berkata, tindakan keluar Umno disebabkan rasa tidak puashati dengan sikap Umno Bahagian yang menyingkirkannya daripada menjalankan tugas dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang.

Penyingkiran itu disebabkan beliau mengikuti kumpulan Muslimat PAS membaca yasin di rumahnya dan tindakan itu tidak disenangi oleh pihak Umno.

Menurutnya, selepas ini ahli keluarga akan mengikut jejak langkah untuk keluar daripada Umno.

Pengisytiharan itu dibuat di rumahnya dan disaksikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta isteri; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Pesuruhjaya; Ustaz Ahmad Awang serta pimpinan PAS negeri.

Beliau turut berceramah bersama-sama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumahnya malam tadi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan