Bernama melaporkan satu kajian dari Australia perihal pendatang Afrika serta rakyat yang Australia yang kekurangan vitamin D dalam darah kesan sampingan dari memakai purdah.
Jika anda berpeluang meneliti imej di bawah yang diambil dariUSATODAY , anda akan dapati vitamin D boleh diperolehi dari bahan tenusu yang diperkayakan dengan vitamin D serta ikan seperti salmon dan kod.
Mungkin rakyat Australia berketurunan Afrika tidak mampu membeli makanan segar seperti susu dan ikan yang menyumbang kepada kekurangan vitamin D.
Kajian menunjukkan hanya beberapa sentimeter persegi kulit sahaja yang perlu terdedah kepada cahaya matahari untuk mendapat bekalan vitamin D dari sang suria. Kekurangan ini boleh ditampung dengan pemakanan atau pil tambahan.
Di USA , 29 % kaum kulit hitam dari Afrika berbanding mereka yang datang dari Mexico yang hanya 7.5% memiliki kandungan vitamin D dalam darah yang sangat rendah. Sila rujuk jadual di bawah.
Kesimpulannya, bukan pemakaian purdah punca kepada masalah kekurangan vitamin D di kalangan rakyat Australia atau sesiapa jua tetapi banyak faktor lain yang perlu diambilkira.
Pemakai Purdah Hadapi Masalah Kekurangan Vitamin
Oleh Neville D'Cruz
MELBOURNE, 20 April (Bernama) -- Pelarian Afrika Utara dan rakyat Australia beragama Islam yang memakai purdah diberi ingatan bahawa mereka mungkin tidak mendapat Vitamin D yang mencukupi.
Daripada hampir 150 pendatang Afrika Utara yang mengambil bahagian dalam program pemeriksaan kesihatan, hanya dua yang mencapai tahap vitamin yang diperlukan untuk kesihatan, lapor Australian Associated Press.
Kajian itu dibuat di subbandar baratdaya Sydney pada musim sejuk dan panas 2006, dan kajian susulan, selepas musim panas berikutnya, menunjukkan sedikit peningkatan dalam paras Vitamin D tetapi hampir 90 peratus daripada mereka yang menjalani ujian masih mengalami masalah kekurangan vitamin itu.
Dr Craig Munns, dari Hospital Kanak-kanak Sydney, berkata mereka yang mempunyai kulit terlalu hitam memerlukan cahaya matahari tambahan untuk memperoleh jumlah Vitamin D yang diperlukan.
Bagi yang memakai purdah di luar rumah atas sebab agama, Dr Munns berkata mereka perlu memeriksa tahap Vitamin D setiap tahun dan menimbang mengambil vitamin tambahan setiap hari.
Dr Munns berkata ibu mengandung yang mengalami masalah kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan anak dalam kandungannya mengalami masalah sama.
Mereka ini perlu memeriksa tahap Vitamin D pada tahap awal kehamilan, manakala bayi yang menyusu badan perlu diberi Vitamin D tambahan sehingga berusia 12 bulan, katanya.
-BERNAMA-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan